SPA = BTC0.00

Peluang Menjana Pendapatan

Salah satu ciri unik bagi mata wang kripto tak terpusat ialah ia memberikan peluang untuk menjana pendapatan. Anda boleh menjana pendapatan beberapa kali lebih daripada pekerjaan biasa anda dan menyara diri anda di sepanjang kehidupan anda. SPARTA juga menyediakan peluang sedemikian.

Umur, kerjaya dan pendidikananda tidak penting. Anda tidak perlu melanjutkan pengajian di universiti, lulus peperiksaan atau memperoleh lesen. Anda hanya perlukan komputer dan pertimbangan fikiran yang baik. Dengan SPARTA, anda boleh menjana pendapatan dalam dua cara: dengan menempa dan membuat pelaburan. Mari kita meneliti setiap cara tersebut.

1.Penempaan (perlombongan)

Anda boleh menjana SPA secara bebas dengan melombong, iaitumengekalkan operasi rangkaian SPARTA. Anda boleh mencipta blok baharu dan menikmati ganjaran. Walau bagaimanapun, SPARTA menggunakan teknik Bukti Kepentingan, jadi di sini proses ini dipanggil penempaan (perlombongan PoS).

Apakah perbezaan di antara perlombongan dan penempaan?

Perlombongan memerlukan komputer yang berkuasa. Ia memerlukan pemproses yang mahal, kad video dan kos elektrik yang tinggi.
Penempaan tidak berdasarkan kuasa komputer, tetapi pada baki akaun pengguna. Token SPA (syiling) digunakan berbanding pemproses dan kad video. Setiap token ialah alat penempaan. Oleh itu, penempaan adalah lebih mudah dan ringkas berbanding perlombongan tradisional, kerana komputer biasa sudah cukup berkuasa.

Penempaan dan jumlah ganjaran

Untuk menyokong operasi rangkaian SPARTA, peserta memasang dan menggunakan perisian khas, oleh itu mendapat peluang untuk mencipta blok baharu pada rangkaian SPARTA. Kebarangkalian mencipta blok baharu diagihkan dalam kalangan semua peserta rangkaian menggunakan formula khas yang bergantung pada baki alamat mereka. Semakin banyak token SPA di dalam akaun, semakin tinggi peluang mencipta blok.

Bagi tujuan perlindungan daripada pengguna yang berniat jahat, token mempengaruhi keupayaan untuk mencipta blok hanya sehari selepas ia telah dikreditkan (1,440 blok).

Apabila anda mencipta blok, anda menikmati ganjaran. Ganjaran terdiri daripada:

  • Yuran ke atas urus niaga di dalam blok.
  • Ganjaran tambahan token SPA kerana mencipta blok.

Ganjaran untuk penempaan bergantung pada bilangan token SPA di dalam akaun anda:

  • Jika anda memiliki di antara 888 dan 999,999 SPA (inklusif) di dalam akaun, anda hanya menerima jumlah yuran urus niaga.
  • Jika anda memiliki 1,000,000 SPA atau lebih di dalam akaun, anda juga diberi ganjaran token SPA yang baru dicipta.

Untuk mengelakkan pemusatan, semua pelombong dengan baki 1,000,000 SPA atau lebih mempunyai peluang yang sama untuk mencipta blok baharu. Ia bermakna, jika seorang pelombong memiliki 1,000,000 SPA di dalam akaun dan pelombong lain memiliki 25,000,000 SPA, mereka mempunyau peluang yang sama untuk mencipta blok.

Jika anda memiliki lebih daripada 1,000,000 SPA, anda disarankan untuk membahagikan syiling dan melakukan penempaan pada pelayan dan lokasi yang berbeza — negara, bandar, dsb. (ia akan jauh lebih berguna bagi rangkaian SPARTA). Rangkaian SPARTA secara automatik akan menjejaki dan menghukum pelombong yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan beberapa komputer dengan baki melebihi 1,000,000 SPA di satu lokasi semata-mata untuk memperkayakan diri mereka sendiri dan bukannya memajukan rangkaian.

Ganjaran untuk perubahan blok secara dinamik bergantung pada jumlah bilangan blok yang dicipta (jumlah masa berlalu).

Tempoh Bilangan blok Bilangan syiling Ganjaran Blok
Premine 0 888,888,888 -
1 500,000 4,000,000,000 8,000
2 500,000 2,000,000,000 4,000
3 500,000 1,000,000,000 2,000
4 500,000 500,000,000 1,000
5 500,000 250,000,000 500
6 500,000 125,000,000 250
7 500,000 62,500,000 125
8 500,000 62,500,000 125
Jumlah 4,000,000 8,888,888,888 -

Menurut jadual di atas, blok ganjaran awal ialah 8,000 SPA. Kemudian, ia akan menjadi 4,000 SPA selepas tempoh masa tertentu dan seterusnya.

Cara Mula Menempa

Untuk mula menempa, anda hanya perlu dompet dengan bilangan token minimum dan aplikasi khas yang akan dipasang di komputer anda.

Anda hendaklah mencipta dompet SPARTA dan menambah token SPA ke akaun anda. Minimum 888 token diperlukan untuk mula menempa. Semakin banyak token yang anda miliki, semakin tinggi peluang anda untuk mencipta blok dan menikmati ganjaran.

Cipta dompet
Jika anda memiliki dompet, sila pergi ke langkah 2.

Lengkapkan pindahan keluar. Ini perlu untuk memaparkan kekunci awam anda dalam rangkaian SPARTA. Malah anda boleh menjana alamat tambahan dan menghantar token kepada diri anda sendiri. Apa yang penting ialah anda melengkapkan pindahan keluar tanpa mengira jumlahnya. Anda hanya boleh mula menempa selepas urus niaga ini menerima sekurang-kurangnya 1,440 pengesahan.

Anda hendaklah menggunakan aplikasi khas di komputer anda. Selepas aplikasi bermula, ia mula menyokong rangkaian SPARTA secara automatik. Apabila blok dicipta, pelombong akan menikmati ganjaran. Proses ini berlaku secara automatik. Apa yang anda perlu ialah menggunakan aplikasi di mana anda akan menjana token SPA.

Muat turun aplikasi
Bagaimana untuk menggunakan aplikasi baru?

Nikmati penempaan SPARTA dan cipta masa depan kewangan tak terpusat baharu. Anda hanya perlu mengingati contoh Bitcoin: pada tahun 2009, 1,309 BTC boleh dibeli dengan nilai 1 USD. Kini, 1,309 BTC bernilai jutaan dolar.

Oleh itu, dengan melombong token SPA kini anda berpeluang untuk memastikan masa depan yang lebih baik dan ceria untuk diri anda memandangkan kadar mata wang kripto dijangkan akan meningkat. Dalam pada itu, ingat bahawa semakin cepat anda mula menempa, semakin banyak ganjaran yang akan anda perolehi untuk blok. Jangan lepaskan peluang ini!

2. Melabur

Token SPA tidak semestinya dilombong secara bebas. Seperti mana-mana mata wang lain, anda boleh membeli token untuk mendapatkan wang fiat atau mata wang kripto lain dan menjana pendapatan pada kadar pertukaran.

Membeli dan menjual semula

Seperti mata wang kripto lain, SPARTA mempunyai kadar pertukarannya sendiri yang dikawal oleh pasaran. SPARTA ialah mata wang kripto moden yang jauh lebih pantas dan lebih mudahdaripada mata wang kripto lain, oleh itu, ia dianggap sangat meyakinkan dan mungkin lebih mahal berbanding mata wang kripto lain. Mata wang kripto SPARTA mudah untuk digunakan dan juga menguntungkan.

Anda boleh menjana pendapatan dalam tiga langkah:

Beli syiling SPA pada kadar pertukaran semasa.
Tunggu hingga kadar naik.
Jual syiling SPA (atau sebahagian syiling) pada harga lebih tinggi daripada yang dibeli.

Rekodmembuktikan bahawa pelaburan jangka panjang ke dalam mata wang kripto adalah lebih menguntungkan berbanding dengan pelaburan jangka pendek.

Mari kita gunakan Bitcoin sebagai contoh kadar pertukaran yang meningkat. Secara umum, kadar Bitcoin adalah sentiasa meningkat, lebih pantas dari tahun ke tahun.

  • — Apabila Bitcoin muncul pada tahun 2009 dan 2010, kosnya untuk membelinya hanya beberapa sen. Anda boleh membeli 1,309 bitcoin dengan harga USD 1.
  • — Pada tahun 2013, satu bitcoin bernilai USD 150.
  • — Pada pertengahan tahun 2016, ia bernilai USD 500.
  • — Pada bulan Januari 2017, ia meningkat kepada USD 1,000.
  • — Pada musim bunga 2017, ia melonjak kepada lebih USD 2,500.
  • — Pada musim panas 2017 — USD 4,500.
  • — Pada musim luruh 2017 — USD 6,200.

Tiada pelaburan lain dalam hartanah, logam berharga atau saham syarikat menandingi keuntungan ribuan sesen. Terdapat mata wang kripto lain yang boleh digunakan sebagai contoh, sebagai tambahan kepada Bitcoin. Litecoin dan Ethereum bernilai beberapa sen pada mulanya, kini bernilai beberapa ribu lebih tinggi.

Oleh itu, membeli SPA sekarang, anda berpeluang untuk menjualnya beberapa ratus kali lebih mahal dalam tempoh masa tertentu malah boleh menjadi jutawan. Pada masa ini, anda boleh membeli SPA pada harga yang sangat bagus. Manfaatkan peluang ini!

Dagangan di bursa

Di samping pelaburan jangka panjang dan jangka pendek, anda juga boleh menjana pendapatan pada turun naik kadar pertukaran. Anda meniagakan syiling SPA di bursa dan menjana pendapatan atas perbezaan di antawa harga belian dan jualan.

Cara ia berfungsi:

Apabila kadar turun, anda beli mata wang kripto.
Apabila kadar naik, anda menjualnya dengan keuntungan kepada orang lain.

Hakikatnya, ia sama dengan dagangan saham tetapi tersedia kepada semua orang, berbanding saham, anda meniagakan syiling SPA. Terdapat banyak manual dan video yang berguna mengenai dagangan bursa yang boleh didapati di Internet. Sesiapa sahaja boleh menjadi pedagang dan menjana keuntungan. Ini adalah peluang anda untuk memulakan kehidupan baharu dan berdikari!

Senarai bursa di mana anda boleh membeli dan meniagakan SPARTA di sini

Nikmati pelaburan dan dagangan yang baik!

Cipta dompet