SPA = BTC0.00

Mengenai SPARTA

SPARTA ialah mata wang kripto baharo yang dicipta untuk meningkatkan hubungan kewangan dalam kalangan orang ramai. Matlamat kami adalah untuk membina hubungan kewangan tak terpusat tanpa perantara. Bersifat jujur dan adil, SPARTA ialah mata wang kripto yang paling senang dan mudah bagi semua orang.

Mengapa “SPARTA”?

Nama SPARTA terhasil daripada perkataan “SPArk” dan “TArget”. SPARTA ialah pencetus baharu dalam dunia mata wang kripto. Kami berusaha untuk mewakili kemajuan, pembangunan dan pergerakan ke hadapan. Kami akan mencipta pencetus dengan membina hubungan kewangan baharu yang tak terpusat, jujur dan adil.

Mata wang kripto SPARTA juga dinamakan bersempena dengan keadaan eponim pada zaman purba Greece. Sparta memberikan contoh keadaan unggul yang diterangkan oleh ahli falsafah iaitu Plato. Kami ingin menjadikan mata wang kripto SPARTA semudah dan sejelas yang mungkin. Umpama negara kota purba Sparta, SPARTA berusaha menjadi yang terunggul — di dalam dunia mata wang kripto.

Apakah mata wang kripto?

Apakah itu mata wang kripto? Mengapa kami menawarkan SPARTA?

Mata wang kripto ialah wang digital berdasarkan kriptografi, sains penyulitan data. Tidak seperti dolar, euro, atau wang fiat lain, pengeluaran mata wang kripto tidak dikawal oleh sesebuah negeri: ia tidak boleh dicetak dalam kuantiti rambang mengikut perintah kerajaan. Semua pemegang mata wang kripto mempunyai hak yang sama. Hak ini disokong oleh pemegang itu sendiri.

Inilah sebabnya kerajaan, bank dan pelbagai syarikat tidak dapat mempengaruhi urus niaga di dalam sistem, kadar pertukaran dan sebagainya. SPARTA adalah rangkaian tak terpusat sepenuhnya.

Mata wang kripto adalah berdasarkan rantaian blok dan siri data berpaut. Setiap urus niaga ditulis kepada blok yang dipaut rapat. Ia umpama lejar yang tersedia kepada semua orang dan tidak boleh diubah. Sewajarnya, kesahan mana-mana bayaran boleh disahkan dengan mudah dan mata wang kripto tidak boleh dipalsukan atau digodam.

SPARTA menikmati ciri-ciri terbaik mata wang kripto lain dan pada masa yang sama mengimbangi kekurangannya. SPARTA yang dicipta untuk membina hubungan kewangan baharu dan tak terpusat sepenuhnya, merupakan mata wang kripto yang paling mudah dan selamat yang tersedia buat semua orang. Cipta dunia yang lebih baik!

Mata wang kripto berbanding bank

Selesa

Unlike bank transactions, cryptocurrency transactions are carried out 24 hours a day, seven days a week. You decide when, to whom and where to send your money.

Urus niaga kos efektif di mana-mana jua seluruh pelusuk dunia

Yuran urus niaga adalah beberapa kali lebih rendah daripada yuran bank dan ia tidak bergantung pada jumlah pindahan atau lokasi pengguna. Anda memindahkan wang kepada sesiapa jua dari mana-mana tempat di dunia dengan yuran minimum.

Pindahan pantas

Secara purata, pindahan bank mengambil masa 3–5 hari bekerja. Dalam kebanyakan keadaan, kelajuan pindahan melalui SPARTA ialah seminit.

Perlindungan daripada inflasi

Mata wang nasional susut nilai setiap tahun sebanyak 1–20% (kadangkala lebih tinggi). SPARTA disokong oleh bilangan unit terhad (kira-kira 9 bilion token) dan dilindungi daripada inflasi. Mata wang kripto mempunyai kadar pertukarannya sendiri yang dikawal oleh pasaran.

Kelebihan kami

Jadi, jika anda perlu menghantar jumlah tertentu kepada seseorang di negara lain, anda boleh melakukannya dengan pantas, tanpa perlu membayar yuran yang tinggi dan mengisi pelbagai jenis dokumen.

Anda hanya perlu menyatakan nombor dompet, jumlah pindahan dan klik butang, penerima akan menerima syiling dalam seminit. Anda boleh menukar SPARTA dengan wang fiat (dolar, euro, yuan, dll.) dengan mudah di beberapa pusat pertukaran mata wang kripto pada bila-bila masa.

Penempaan (perlombongan) dan keselamatan rangkaian

Oleh kerana mata wang kripto bukan milik mana-mana negeri, syarikat atau bank, ia dilombong dan keselamatanya disokong oleh pengguna itu sendiri melalui pemasangan perisian khas. Proses perlombongan mata wang kripto dan mengekalkan operasi selamat rangkaian biasanya dirujuk sebagai perlombongan dan mereka yang terlibat dalam proses tersebut dipanggil pelombong.

SPARTA menggunakan teknologi Bukti Kepentingan (PoS), jadi di sini proses ini dipanggil perlombongan PoS, atau penempaan. Perlombongan dan penempaan pada dasarnya adalah perkara yang sama, namun begitu, perlombongan memerlukan stesen komputer berkuasa, manakala penempaan tidak berdasarkan pada kuasa pengkomputeran, tetapi pada baki akaun pengguna.

Untuk menyokong operasi rangkaian SPARTA, peserta memasang dan menggunakan perisian khas, lantas menerima peluang untuk mencipta blok baharu pada rangkaian SPARTA.

Kebarangkalian mencipta blok baharu diagihkan di kalangan semua peserta rangkaian menggunakan formula khas yang bergantung pada baki alamat mereka. Semakin banyak token SPA di dalam akaun, semakin tinggi peluang mencipta blok.

Cipta dompet

Apabila seseorang pelombong itu mencipta blok, beliau menerima ganjaran. Ganjaran tersebut terdiri daripada:

Yuran ke atas urus niaga di dalam blok

Ganjaran tambahan token SPA kerana mencipta blok

Ganjaran untuk penempaan bergantung pada bilangan syiling di dalam akaun pengguna:

Jika seseorang pelombong itu memiliki di antara 888 dan 999,999 SPA (inklusif) di dalam akaun, beliau akan menerima jumlah yuran urus niaga sahaja

Jika seseorang pelombong itu memiliki 1,000,000 SPA atau lebih di dalam akaun, beliau juga akan diberikan ganjaran token SPA yang baru dicipta

Oleh itu, terdapat pelombong yang menyokong rangkaian dan pelombong juga membantu pertumbuhan mata wang kripto dengan membuat pelaburan. Sewajarnya, pelombong tersebut menerima lebih keuntungan. Untuk mengelakkan pemusatan, semua pelombong yang mempunyai baki 1,000,000 SPA atau lebih memiliki peluang yang sama untuk mencipta blok.

Kelebihan teknikal SPARTA

  • Seperti yang dinyatakan di atas, SPARTA menggunakan kaedah Bukti Kepentingan. Ia bermaksud bahawa perlombongan dan memelihara keselamatan rangkaian tidak memerlukan superkomputer. Sesiapa yang menggunakan komputer asas boleh melombong dan menggunakan SPARTA.
  • Anda membayar yuran minimum untuk urus niaga yang menggunakan SPARTA. Yuran permulaan ialah 1 token SPA bagi setiap urus niaga. Tidak seperti mata wang kripto lain, yuran dalam SPARTA berubah-ubah secara dinamik untuk kekal terendah. Yuran diperlukan semata-mata untuk melindungi rangkaian daripada serangan DDoS, tidak seperti dalam Bitcoin, sebagai contoh, di mana yuran berfungsi sebagai cara untuk pelombong menjana keuntungan.
  • Terdapat 888 urus niaga dalam 1 blok.
  • Jumlah bilangan syiling SPA ialah 8,888,888,888 (~9 bilion).
  • Blok dijana sekali setiap minit:
    • - 1 blok seminit;
    • - 60 blok sejam;
    • - 1,440 blok sehari;
    • - 10,080 blok seminggu;
    • - 43,200 blok sebulan;
    • - 525,600 blok setahun
  • Kapasiti rangkaian adalah seperti berikut:
    • - 14.7 urus niaga sesaat;
    • - 888 urus niaga seminit;
    • - 53,280 urus niaga sejam;
    • - 1,278,720 urus niaga sehari;
    • - 8,951,040 urus niaga seminggu;
    • - 38,361,600 urus niaga sebulan;
    • - 466,732,800 urus niaga setahun.

Ganjaran untuk perubahan blok secara dinamik bergantung pada jumlah bilangan blok yang dicipta (jumlah masa berlalu).

Tempoh Bilangan blok Bilangan syiling Ganjaran Blok
Premine 0 888,888,888 -
1 500,000 4,000,000,000 8,000
2 500,000 2,000,000,000 4,000
3 500,000 1,000,000,000 2,000
4 500,000 500,000,000 1,000
5 500,000 250,000,000 500
6 500,000 125,000,000 250
7 500,000 62,500,000 125
8 500,000 62,500,000 125
Jumlah 4,000,000 8,888,888,888 -

SPA akan terus dikeluarkan hingga sekurang-kurangnya tahun 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang SPARTA, ciri-ciri teknikal dan prinsip operasinya, sila lihat Kertas putih.